Every snap have story !

Disclaimer



Alohaa... hello hello hello...
Every life, have their own story. Welcome to my blog. Me ? Athirah Syafiqah. Nice to know you..
bold underlined strike italic

Entries Owner Link Stuff

Big Clap

Template By: Danny Syaz
Owner Blog: Athirah Syafiqah
CAMP PART 2

Hooiii , hoiii !

Continue my story . Dah baca camp part 1 kan ? Okey . Nak tau kuliahnya apa ? Meh sini mak cik nak cerita :D

First night . Acececeh ! First night ? Lain macam je bunyinya tu XD . Hahahaha ! Okey . Stop fikir bebukan . Otak kotor betul -,- . Actually , first night tu kitorang tak buat apa pun . Cuma , buat ice-breaking je . You know what is ice - breaking right ? Game yang paling aku tak suka . Seriously . Tak suka ? Tak suka sebab apa ? Sebab , kena bahagi kumpulan . Kalau bahagi kumpulan , confirm lahh kitorang terpisah semua . Tu yang tak best tu :3 .



Tapi , alhamdulillah . Aku kumpulan sekali dengan bahirah . Even , tak kumpulan sekali dengan mila, aliaa , farah and intan kan . Kumpulan aku tu best woii ! Semuanya 'gila-gila' . Actually , semua orang yang join kem tu , semua 'gila-gila' . Mana ada yang normal . Termasuk lahh aku XD . Kita nak pergi kem , sebab nak enjoy kan ? So , kalau kitorang jadi normal , serious memanjang , kan tak best ?

Kumpulan aku nama panthera . Nak tau panthera tu apa ? Tengok ni :



Panthera tu harimau . Masa memula cikgu tu suruh kitorang lukis logo , semua orang blur . Tak tau apa maksud panthera tu . Budak lelaki lahh yang memandai bagi nama tu -,- . So , diorang yang kena tanggungjawab . Kitorang buli depa suruh lukis . Aku , akak form 6 tu dengan bahirah , tolong tengok je :p . Biasalah perempuan . Kena banyak rehat . Mana boleh buat kerja bebanyak :p

Bila diorang lukis tu , astaghfirullahalazim . Kecik gila bak hang . Kalau korang nak tau , logo kumpulan kitorang yang paling buruk . Last-last dapat markah 20 je . 20 je ? Kumpulan lain semua dapat markah 40 ke atas . Jealous k jealous :3 . Siapa suruh pilih yang susah lagi -,- .

Then, bila dah habis semua aktiviti tu , cikgu tu pun suruh kitorang supper then tidur . Jam pun dah nak dekat pukul 12 kan. So , cikgu tu suruh tidur . Sebab, esoknya kitorang kena mendaki .

Dalam khemah :



Bermula lahh kisahnya di sini . Khemah tu , kitorang duduk 6 orang . 6 orang ? Boleh bayangkan tak ? Mesti sempit kan ? HAHAHAHA ! Actually , tak lahh sempit sangat . Bahkan untung lagi siapa yang duduk tengah tu . Sebab apa ? Sebab, kalau diorang sejuk , diorang boleh peluk je sesiapa yang duduk kat sebelah. Me ? Nak peluk siapa ? Aliaa ?

Cehhh ! Awal-awal lagi dia dah bagi amaran

\"Athirah , hg jangan peluk aku . Hg peluk aku , siap hg"

Kononnya . Tengok-tengok , siapa yang peluk siapa ? Lawak betul bila ingat balik scene tu . Time tu , aku tak tau pun farah dah bangun . Farah nampak 'trajedi' yang berlaku . Eh ? HAHAHAHA ! Aku dah macam orang karate je . Asal aliaa nak peluk aku , aku tepis . Farah pulak , dok gelak sensorang macam orang tak betul . Hampeh -,- .

HARI KE- 2

Kitorang kena bangun awal . Pukul 5 dah kena bangun . Kem mana je yang boleh bangun pukul 10 kan ? Ingat rumah kau ke apa ? :p . Actually , awal-awal lagi kitorang dah bangun . Sebab , akak khemah sebelah dok buat bising -,- . Malam first tu jugak , ramai yang tak tidur . Maybe sebab tak selesa :3 . Tu sebab semua senang je nak bangun kan .

Time nak mandi tu , YA ALLAH . Airnya . Tak payah nak cakap lahh kan . Kau sendiri tau . Air gunung . Takkan suam macam rumah kau kan . Sejuk nya mengalahkan air kat rumah aku nun . Tapi, kitorang kuatkan semangat jugak . Takkan nak jadi busuk sepanjang hari kan :p . Kalau orang asli tu boleh lahh . Aku orang melayu . So ,  tak rela jadi busuk berpanjangan :p .

Lepas habis semua aktiviti bersihkan diri tu , pukul 7.30 macam tu , kitorang start senamrobik .



Sebelum nak mendaki kan . So , kena lahh senaman dulu . Kau nak ke pengsan tetibe kat dalam hutan tu ? Naya je woii !

Syazwan yang jadi penunjuk arah kat dalam senamrobik tu . Eh ? HAHAHA ! Kebetulan . Kebetulan , cikgu tu bukak lagu hindustan . Bertambah gila lahh kitorang jadinya :3 . Syazwan , dia menarik macam dengan apa je . Boleh pulak dok bergelek sakan kat depan nun . Yang seksanya kitorang. Sebab ? Sebab kena ikut semua benda yang dia buat . Benci betul 0,0 .

Lepas habis semua benda tu , kitorang mendaki . Okey , what happen ?

Continue..









Older Post | Newer Post