Every snap have story !

Disclaimer



Alohaa... hello hello hello...
Every life, have their own story. Welcome to my blog. Me ? Athirah Syafiqah. Nice to know you..
bold underlined strike italic

Entries Owner Link Stuff

Big Clap

Template By: Danny Syaz
Owner Blog: Athirah Syafiqah
CAMP PART 3
Okey . We'll continue yesterday story .

It's about mendaki kan ?



Mendaki ? Benda yang paling best yang pernah aku buat . Acecececeeh ayat ! Macam tak pernah 'mendaki' je sebelum ni kan -,- . Dengar macam lasak je aktiviti ni kan ? Tapi yang tu lahh yang best sebenarnya . Bila lagi kan nak mendaki reramai macam ni . Especially , mendaki dengan kawan-kawan . Lagi best dibuatnya .

Actually , kitorang tak lahh mendaki tinggi sangat pun . 9 km je . HAHAHAHA ! Tak tinggi ? Ha'ah ! Memang tak tinggi pun kan sampai akak form 6 semua dah macam nyawa-nyawa ikan je bila sampai kat atas tu XD

Cikgu Ishak dengan cikgu nazri yang bawak kitorang . Time 'mendaki' tu , bermacam 'adegan' berlaku bak hang . Yang pasti , ada yang lawak , ada yang geli , ada yang romantik , yang macam nak hempuk kepala orang pun ada XD . HAHAHAHA ! Okey , yang hempuk kepala orang tu tipu :p .

Drama yang paling banyak jadi time dalam hutan tu is , drama romantik lahh . Heroin dia , Farah Inani . Hero ? Hahahaha ! Banyak sangat . Tak tersenarai aku dibuatnya :3 .

Time 'mendaki' tu , jalan lincin kan ? Tambah-tambah lagi lepas hujan . Lagi bertambah lincin lahh jawab dia . Tapi part yang paling best is , time aku tinggal farah sorang-sorang kat belakang , dia asyik tergelincir je and pacat pun asyik naik kaki dia je . And that moment , her face like this :



HAHAHAHA ! Funny right ? XD . Ni gambar latar je k . Muka dia bukan macam ni :p .

Actually , aku dengan aliaa bukan tinggal dia pun . Cuma 'tertinggal' je . Cikgu tu jalan cepat sangat . Aku takut sesat . So , daripada sesat , better aku jalan cepat-cepat . Sampai kawan kat belakang pun aku tinggal . HAHAHAHA ! Teruk ! Tapi tak pe . Hero dia ada banyak kat belakang yang sudi teman dia :p



Okey , you know what is this ? Ni bukan jambatan k :p . Ni pacat . Kalau farah tengok , mesti dia geli gila nak mampus XD . Dia dah trauma dengan pacat ni sebenarnya. Ye lahhh , mana tak nya ? Pacat tu asyik naik kaki dia je . Kaki orang lain bukan kena pun . Tapi , dia untunglahh . Kalau ada pacat , hero dia kat belakang nuhhh semua sedia membantu . Cikgu Ishak pun cakap "Pacat ni lelaki kot . Asyik makan darah perempuan je " HAHAHAHA ! Bila imagine balik scene tu , buat aku gelak sengsorang XD

Then , kitorang sambung mendaki balik . Bila dah sampai atas tu , kitorang bersyukur sesangat . Sebab apa ? Sebab kitorang dah penat . Sesak sangat dah . Tunggu hari je nak pengsan :p .

And ada moment yang lawak kat atas tu . Bila kitorang sampai atas , naufal kemain berlagak lagi . Siap kata kat farah , aku , dengan alia macam ni :

"Penat ? " HAHAHAHA

Me , farah , alia : *jelingan maut*

Kitorang diam je bila dia cakap macam tu . Eleh , macam lahh dia kuat sangat tak penat kan :P . Tapi tetiba , time dia selak dia punya seluar yang penuh dengan bulu kaki tu kan, dia menjerit "AAAAAaaaaaaa"

Nak tau sebab apa ? Sebab ada pacat naik kaki dia . HAHAHAHAHAHAHA ! Penat aku , aliaa dengan farah gelak kat dia . Then , dia boleh lagi buat muka macho kat situ . Hahahaha ! Cover malu lettew . Tu lahh . Action lebih lagi . Bila nak buang pacat tu , bukan dia yang buang pun . Kawan dia yang buang . Penakut jugak dia ni XD

Okey . Habis cerita pasal pacat .



Kat atas tu . Ya ALLAH . Cantik permandangan dia . Tenang sangat. Dengan sejuk nya lagi . Ohhh ! How I wish , I can stay there :p . Kitorang berhenti kat atas puncak tu sekejap . Rehat.

Then , cikgu tu bawak kitorang pergi melawat telaga tok sheikh and etc .

Next , time nak turun tu . Kitorang ingat dapat lahh naik van kan . Hasil usaha akak form 6 'membodek' . But , hampa ! Tak ada  pun . Semua jalan kaki . JALAN KAKI k . Tapi , ada yang bertuah tu , dapat lahh merasa balik naik kereta . Hampeh -,- .

Then , bila dah sampai tempat perkhemahan kitorang tu , aku ingat bolehlahh landing-landing sekejap dalam khemah sambil berangan aku tengah honeymoon kan . Tapi , tak boleh =( . Sedih bak hang . Balik-balik tu , bahirah suruh terus pergi mandi . Okey , kita redha . Ikut je . Sebab bukan kat rumah aku kan . Kalau kat rumah aku , tak ada maknanya nak mandi dulu . Ambik bantal , terus tidur :p .

Tapi ni kan tempat orang kan . So , kenalahh dengar cakap . Kalau tak , mahunya dengar cikgu ton bising 1 hari 1 malam kat aku . Huh ! Tak sanggup . Suara dia mengalahkan speaker :p

Lepas kitorang dah mandi , makan , solat and etc tu , cikgu ton bagi kitorang tugasan . Memula tu main game je . Main BINGGO tu hah  Tapi , aku tengok je . Dengan mata yang dah nak tertutup tu kan . Biar diorang je yang buat . Apa guna ahli kumpulan yang ramai kalau tak dimanfaatkan ? HAHAHAHA

Then , cikgu ton suruh kitorang buat macam barang 3D lahh . Guna daun-daun apa semua tu . Then , 'persembahkan' malam nanti . And malam tu lahh bermula kisah nya . Kisah apa ? Yang pasti , 'kisah tu lawak'. Nak tau ? Esok aku sambung cerita . Waittt ya ?






Older Post | Newer Post